Thursday 13 May 2010

Menu Untuk Family Dari Kelantan...







1. Siakap sweet sour

Bahan-bahan :


* bahan utk ikan

- ikan siakap, boleh juga guna selain drpd itu...(kembong/bawal)

- telur ayam

- tepung jagung

-sedikit garam

-minyak utk menggoreng


*bahan utk sos

- bawang merah

-bawang putih

-halia

-cili kering

-sos tiram

-tomato

-cili bangla

-bawang besar

-nenas kiub

-garam & bahan perasa

-sedikit minyak masak


Cara memasak :


> siang & bersihkan ikan. pukul telur bersama sedikit garam. kemudian celupkan ikan td.

> lumurkan ikan td bersama tepung jagung. goreng menggunakan minyak yg banyak.pastikan minyak betul2 panas. kalau malas nak guna cr ni.....lumur ikan ngan garam kunyit, then goreng...sedap jugak!!!!

> ketepikan ikan yg telah digoreng td...prepare utk sos pulak..

> kisar atau tumbuk bawang merah, bawang putih, halia & cili kering. kemudian tumis bahan ini.

> setelah bahan td garing masukkan sos tiram..kacau mesra. kalau nak sos pekat sedikit, boleh tambah sos cili.

>kemudian masukkan nenas kiub (dlm tin) sekali dengan syrupnya. biarkan mendidih sekejap, baru dimasukkan garam & bahan perasa.

> akhir sekali potong dadu cili bangla, tomato dan bawang besar. masukkan kedlm sos. setelah sos masak, tuangkan ke atas ikan td....


2. sup sayur kobis


Bahan-bahan :


- kobis...ikut suka nak pakai kobis ape!!!!

- bawang putih

-ikan bilis

-air

-fish ball

-fucuk

-soo hon

-cili merah

-sedikit minyak

-garam & bahan perasa


Cara memasak :


> panaskan minyak, tumis bawang putih yg diketuk/dimayang. kemudian masukkan ikan bilis.

> kemudian masukkan sayur kobis. setelah sayur agak layu, masukkan air. biarkan mendidih.

> kemudian masukkan fish ball, fucuk, soo hon, dah cili merah yg dihiris nipis..

> akhir sekali, masukkan garam dan bahan perasa. tutup api setelah sayur masak.


p/s - kalau suka colourful blh masukkan sayur sawi & carrot. boleh juga ganti kobis ngan petola. kalau x nak pakai ikan bilis, boleh diganti ngan udang kering @ segar...


3. kerabu mangga


Bahan-bahan :


- buah mangga muda...dicincang atau sagat halus

-ikan bilis/udang kering/sotong kering...digoreng hingga garing

-serai...diracik halus

-bawang besar...dimayang nipis

-cili api...diracik halus

-sedikit gula, garam & cuka makan

-kacang tanah...disangai dah ditumbuk kasar

-jika suka boleh tambah bunga kantan...diracik halus


Cara menyediakan :


> buah mangga, serai, bawang besar, cili api & bunga kantan digaul mesra.

> bancuh cuka, garam & gula dlm mangkuk kecil sehingga menjadi pes.

> kemudian curahkan pes td kedalam campuran buah mangga, gaul sehingga semua bahan sekata.

> semasa nak menjamu selera, tambah ikan bilis goreng & kacang.


p/s - boleh guna sos ikan bg menggantikan garam, sbb sos ikan rasa sedikit masin....






Tuesday 20 April 2010

Nasi Kerabu + Solok Lada + Ayam Bakar


Nasi Kerabu Biru/Hitam

Bahan :

1. Beras
2. Pewarna biru star brand atau air perahan bunga teleng....family aku panggil bunga nasi kerabu
3. air

cara :

1. Basuh beras seperti biasa.
2. Masukkan air yg secukupnya dengan kuantiti beras.
3. Titiskan pewarna biru td, masak nasi seperti biasa.
4. Dah siap nasi kerabu biru....tp ore kelate panggil nasi kerabu hitam.....

Kelapa goreng & ikan /sambal ikan/ awah nasi kerabu

Bahan :

1. Kelapa parut
2. Isi ikan rebus/bakar
3. Bawang merah, serai, halia, & lada hitam.
4. Garam & penambah perasa.

Cara :

1. Kepala disangai dlm kuali sehingga kekuningan, jangan terlalu garing.
2. Tumbuk lada hitam sehingga lumat, kemudian masukkan bahan yg lain.
3. Isi ikan td ditumbuk sekali ngan bahan td.
4. Ketepikan bahan tadi, kemudian tumbuk kelapa goreng td jgn smp lumat...cuma hancurkan shj. Kalau malas x tumbuk pun xpe....hehehe
5. Gaulkan kelapa & isi ikan td.

Ulam-ulaman & Bahan Sampingan Lain

Bahan :

1. Sediakan ulam yg dikehendaki......
-daun serai kayu/daun salam
-ulam pegaga
-pucuk mengkudu
-daum kesum
-ulam raja
-kobis bulat
-kacang panjang
-taugeh
-timun
dan sebagainye....
2. budu/sos bilis
3. limau nipis
4. cili api jeruk

cara :

1. Ulam dihiris halus/nipis
2. Masukkan budu dlm mangkuk & perahkan air limau nipis. Kacau hingga sebati.
3. Cili api jeruk diblender utk dijdkan sambal..

Solok Lada versi ma aku

Bahan:

1. Lada solok yg kaler putih atau light green tu…..kat kl susah nak cr so pakai je lada besar yg hijau jgn pakai lada banggala dah lah. Belah tgh tp jangan smp putus. Buang biji dia, untuk kurangkan pedas rendam dalam air kelapa, air beras atau air rendaman daun jambu bt atau daun lada tu sendiri….
2. Isi kelapa parut yg sesuai wat kueh, x terlalu tua….kalau xde blh gak pakai tp nanti inti jd berderai so x beh…..tp ma aku pecahkan telur supaya blh dikepal inti tu nanti.
3. Isi ikan yg sesuai (kembung/selayang/sardin/selar/lolong) rebus setengah masak dengan sedikit garam dan asam keping.
4. Sedikit bawang merah, halia, serai, lada hitam dan pati santan.
5. Bahan perasa secukup rase….garam dan ajinomoto (kalau suka) atau gula.

Cara2 :

1. Tumbuk lada hitam, serai dah halia sampai lumat sekiranye menggunakan garam kasar blh ditumbuk sekali time ni. Kemudian masukkan bawang merah, tumbuk lg.
2. Ikan rebus yg separuh masak td diasingkan tulangnye dan ditumbuk bersama bahan diatas sehingga sebati.
3. Gaulkan bahan td bersama dengan isi kelapa parut, setelah sebati blh disumbat kedalam lada. Rase inti, kalau agak2 kureng perasa tambah ape2 yg patut.
4. Susun lada yg telah siap disumbat kedalam periuk, kalau ma aku dia mesti alas bahagian bawah periuk dgn pucuk ubi atau kacang panjang. Kemudian masukkan pati santan (anggaran)…jangan smp tenggelam susunan lada yg paling atas.
5. Masak solok gunakan api sederhana, agak2 ada aroma yg best menusuk hidung tu maknanye solok dah masak tp pastikan santan td telah kering…jangan smp hangus sudah.
6. Sedia utk dihidang.

Ni pulak resepi solok lada versi mak mentua aku…..

Bahan :

Lada solok, isi ikan mentah, bawang merah, bawang putih, halia, isi kelapa, air asam jawa, santan dan juga bahan perasa.
Cara :
1. Asingkan isi ikan mentah drp tulangnye, tumbuk bersama halia dan bawang. Tambah serbuk perasa.
2. Gaul bahan tumbuk td bersama isi kelapa, kemudian masukkan air asam jawa. Kemudian rase….kalau aku x sanggup sbb isi ikan masih mentah beb!!!!!!
3. Setelah bahan inti siap, sumbat kedalam lada. Susun dalam periuk masukkan santan. Masak macam versi ma aku jugak.

Ayam Bakar

Bahan :

1. Daging ayam
2. Kunyit hidup/serbuk kunyit
3. Halia
4. Lengkuas
5. Rempah biji/ketumbar
6. Serai
7. Garam
8. Sedikit gula

Cara :

1. Tumbuk ketumbar sehingga lumat...kalau suka boleh ditambah sedikit lada hitam.
2. Masukkan garam & bahan2 yg lain, tumbuk sehingga lumat.
3. Perap ayam dengan bahan2 tumbuk td...lg lama lg sedap.
4. Percikkan sedikit minyak pada alas/dawai pembakar. Bakar ayam sehingga masak.